Monday, March 30, 2015

Sajak Penghargaan Buat MM Lee Kuan Yew



Sedikit penghargaan buat mendiang MM Lee KY. Sajak ini bersama dengan luahan hati penulis-penulis Singapura yang lain telah diterbitkan di Berita Harian Sabtu 28hb Mar 2015. MM Lee Kuan Yew adalah mantan Perdana Menteri Singapura yang pertama dan beliau adalah salah seorang tokoh dunia yang sangat dihormati.

Friday, March 13, 2015

Sajak 'Suara Cinta'


Dah lama tak buat video puisi..rindu pulak rasanya.

Wednesday, March 4, 2015

Pertemuan Teman Lama



Bertemu dengan teman-teman lama Sriwana sempena acara Persatuan Ain dalam persembahan pentas radio yang dipentaskan di Hotel Crowne Plaza, Changi Airport pada 28 Feb 2015. Ini adalah julung-julung kalinya drama radio dibawa ke luar studio dan dipentaskan secara umum dan juga ia bersempena dengan Hari Barah Sedunia. Penonton yang selalunya hanya mendengar drama radio di corong radio berpeluang menyaksikan secara 'live' bagaimana barisan pelakon membawa peranan masing-masing dan juga sound effect dilakukan.
Drama radio itu telah diarahkan oleh Encik Nadiputra dan naskah dari hasil pena Encik M.Saffri A.Manaf.

Monday, February 23, 2015

Pertemuan Di Sembawang Park



14hb Feb 2015 adalah hari yang bersejarah bagi diriku kerana pada hari inilah aku dipertemukan dengan sebahagian para penulis-penulis veteran dari kumpulan Bebas Melata dimana aku adalah ahli terbaru mereka. Bagai satu keluarga besar, mereka amat ramah sekali dan menerima aku dengan besar hati. Terimakasih kepada Bonda Rohani Din yang sudi membaca dan menerima puisi-puisi aku yang tidak seberapa itu dan menerbitkan di dalam buku Antologi Puisi Bebas Melata siri 'Meraih Sayang' bersama karya-karya dari 3 buah negara jiran Malaysia dan Indonesia.
Pertemuan di Sembawang Park yang telah diadakan sebenarnya ialah untuk meraikan Sasterawan Negara Cikgu Mohd Latif Mohd yang akan berhijrah ke Melbourne sambil kesempatan itu aku ambil untuk bertukar-tukar buku dengan keluarga Bebas Melata dan berkenal-kenalan sesama kita. Memori indah!.

Thursday, February 19, 2015

Antologi Puisi Bebas Melata -'Meraih Sayang'


Alhamdulillah...buku sulung puisiku sudah diterbitkan walaupun bergabung dengan penulis-penulis dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dan diterbitkan dalam buku Antologi Puisi Bebas Melata-Meraih Sayang pada bulan Feb ini 2015. Selagi ilham bertandang singgah menyapa..selagi itu pena ini akan terus menari mewarnai alam puisi.

Monday, August 25, 2014

Di Kamar Sepi Bonda



Sajakku yang ke 7 disiarkan hari ini di BH Isnin 25hb Ogos 2014.

Tuesday, August 12, 2014

Nazam Tahajud



Tersiar sajak ke-6 ku di Berita Harian Isnin lalu 11 Ogos 2014.

Monday, August 4, 2014

Gaza:Spntan Resa



Alasan bodoh
si penceroboh
membela diri
dan menawan musuh
dunia acuh tak acuh
pura mengeluh
rakyat Palestine meratap sungguh
Anak Gaza
tetap bersandar
iman yang kukuh
dan doa sejagat
senjata Muslim
yang ampuh
anak Gaza
berdiri teguh
bermandi darah
bercampur peluh
menanti jenuh
bantuan menjauh
mengelak bom
berminggu dah jatuh
Kau menyerang
tanpa disuruh
kau meradang
tanpa disentuh
kau merancang
untuk melumpuh
kau mencanang
alasan bodoh
Namun semangat Gaza
tak juga runtuh
Bagaimana nak bantu
bagaimana nak maju
Pak pak arab sendiri kecoh
Pak pak arab sendiri gaduh
Huh!

Monday, July 28, 2014

Sebelum dan selepas raya



Sebelum raya ke atau selepas raya ke..yg penting jangan boros bila berbelanja dan berhati2 di jalanraya bila berjalan raya tu...Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir bathin

Tuesday, July 22, 2014

Salam Lebaran



Tahun ni aku sambut lebaran dengan penuh kesederhanaan..

Tuesday, July 8, 2014

NilaiSebuahDiam

Diam itu emas
lebih baik diam
dari berkata yang tidak bernas
Pendiris hati
zikir menghias
penggores hati
syaitan dan was-was
Aduhai insan
bersiaplah berkemas
yang terlanjur yang terlepas
dicantas jangan lagi bertunas
Tunjang akal cerdas
dipupuk biar waras
fikir dengan belas
kembali dengan ikhlas

Sunday, July 6, 2014

Sembang2 Hati

Tiada melihat yg ada
Hanya melihat yg tiada ada
Yang dekat merasa tiada
Yang jauh merasa ada
Rasa rasa macam ada
Ada kala terasa tiada
Tiada adanya
Terasa ada tiadanya
Hanya dengan rasa adanya
Terasa ada segalanya
Wallahu a'lam

Wednesday, July 2, 2014

Setemi

Andai..
nafasku hilang nadi
di penghujung jalan terhenti
bisikkanlah di kupingku teman
kalimah suci ketenteraman
Andai..
lidahku kelu alpa sejenak
buangkan jenuh pasai
pasakkan kalimahNya
di hujung kolam bibirku
biar ku lena mendayung zikirMu
Andai
jasadku terbujur kaku
Iringkan namaku dengan raksi Fateha
buat bekalan di perjalanan
bimbang terkapai
iman tergadai
biarku mati berkapan cindai
Andai...
~znola~
2/7/14

Friday, June 27, 2014

Sayu

Jiwa
pasrahlah
ujian itu pasti
kericuan
redhalah
sengsaramu mericih hati
sayu
pilu
terbujur simpati
renehan bisu
menyirami Fateha ini
syifa
lisutkan deritanya
afiat
diamlah di rongganya

Monday, June 23, 2014

'Istirahatlah Ayah' di Berita Minggu

Sajak ke-5 ku yang bertajuk Istirahatlah Ayah telah tersiar di Berita Minggu yg lalu 22hb Jun 2014. Ini adalah edited version dari puisi asalku...terimakasih BM.

Monday, June 16, 2014

Puisi Untuk Ayah

Senjamu dililit resah
pada seraut riak wajah
ku cuba menebak
sekelumit samudera kisah
menafsir cura di balik tembok sejarah
Ayah...istirahatlah
Berdekad sudah langkah diredah
pahit maung puas kau jamah
usiamu semakin dikunyah waktu
membatas lemah kuat lampaumu
Ayah...istirahatlah
Dikau dah lama berdiri
menghitung titian hari
meneliti Asar berpamit
dan Maghrib melirik pergi
Dengan ketar kudrat bersisa
masih jua kau menabur jasa
di sela-sela nafas ini
ku meraksi lidah puisi
ku mohon kepadamu
ayah....istirahatlah.

Tuesday, June 10, 2014

Sembang Babi (Kemelutnya)


Babi difitnah
rakyat gelabah
sekejap ada
sekejap tak ada
Cadbury dicuriga
dalangnya siapa..
Fatwa bercanggah
ulamak berbalah
saling telagah
dia kata dia
dia sindir dia
musuh ketawa
bermuka-muka..
Ustaz dan Usatazah
kalian lupakah
ini ujian Allah
muhasabahlah
bersemuka berlapang dada
bukan di Facebook atau di tweeter
ulamak dulu pun khilaf juga
tapi tiada benci antara mereka..
Babi oh babi
walau difitnah kau rilek jua
babi betollah kau ni
angkara DNA
nama kau cukup popular!
~znola~
PaRis
10/6/2014

Friday, June 6, 2014

Berdoalah

Di dalam susah ataupun senang...berdoalah,makbul atau tidak..itu hak Allah


Monday, June 2, 2014

Kembara Dalaman

Kembara Dalaman
**********************
Semakin dalam hijab alam ditebak
semakin karam jiwanya merana...
Di satu sudut sunyi
ada sang murba yang pilu
menyaksikan kantu dataran bentala
runtuh di jejeran penjara kepalsuan

Semakin dalam puing kelancangan disemak
semakin dahsyat labun kebohongan dijamah mata...
Dikala dia lemah tersandar
pada bahu senja nan pudar
ditebarkan jala ricunya
memukat ciciran iman
menggugah lena taqwa
agar tidak bercempera
melawan arus kefasikan

Semakin dalam iman dipasak
semakin dahsyat syaitan menggoda...
Dia memandang awan
dia mengerling bintang
bulan pun senyum seakan faham
karamnya kendiri bersendi iman.

Thursday, May 22, 2014

Sepetang Nan Hiba

Sepetang nan hiba..
kau hadirkan sang satwa
lancang kekata
menusuk buta
ego kau peraga
agama kau persenda
akal majnun bermahkota
munafik lidah berbunga
Sepetang nan hiba..
kau meludah istighfar-nya
hanyir busuk loya terasa
mendengus menyalak bak serigala
kau bukan raja
bukan mufti bukan sesiapa
kau persis seekor hamba
separuh haiwan separuh manusia
Sepetang nan hiba..
kau tanggalkan segala
kau lucutkan semua
terbakar gamis cinta syurga
berganti hamis duka neraka
Sepetang nan hiba..
ku kenang sampai tua
sepetang nan hiba
hormat ku telah tiada..